Sikit Punya Gila
Sikit Punya Gila

Sikit Punya Gila

Sikit Punya Gila merupakan sebuah filem cereka komedi dan drama Melayu yang diterbitkan oleh Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd. pada tahun 1982 [1]. Filem ini diklasifikasikan sebagai tayangan umum.Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ismail dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan tersebut iaitu Zain & Zaharan. Filem ini seakan-akan kesinambungan kepada filem Setinggan kerana menampilkan tiga orang yang pernah terlibat dalam filem tersebut, iaitu Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan Tok Bomoh, tetapi kedua-dua jalan ceritanya jauh berbeza dan filem ini tidak menampilkan sebarang elemen seram yang ada dalam filem tersebut.